|
BERSAMA TIMBALAN NAIB CANSELOR
HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI
Yg. Bhg. Prof. Dato' Dr. Hj. Nasuddin Othman
Assalamualaikumwbt…
Selamat datang kepada semua pelajar baru dan selamat melangkah ke alam universiti. Saya mewakili Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni mengalu-alukan kedatangan anda semua. Tahniah kepada saudara dan saudari yang telah berpeluang melanjutkan pengajian di Universiti Teknologi MARA. Kunjungilah, kenalilah dan gunakanlah kemudahan yang terdapat di Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni bagi mengembangkan potensi sedia ada ke arah pembangunan bangsa, negara dan agama.
Saya mengucapkan selamat datang dan selamat menempuh kehidupan baru sebagai mahasiswa/I di Universiti ini. Saya berharap saudara dan saudari akan sentiasa berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan dalam bidang yang saudara dan saudari ceburi.
Di samping itu juga, dalam usaha menjadi seorang mahasiswa/i di Universiti terbilang ini, penglibatan di dalam aktiviti Kokurikulum dan Program Pembangunan dan Kepimpinan Pelajar adalah amat penting dan perlu diberi perhatian yang khusus.
Kecemerlangan di dalam bidang akademik semata-mata bukan lagi jaminan untuk berjaya di dalam dunia yang serba mencabar pada hari ini. Oleh itu, saya menyeru kepada mahasiswa/i agar menanamkan rasa tanggungjawab yang tinggi dan menumpukan masa sepenuhnya dalam pengajian di UiTM.
Doa dan harapan saya semoga saudara dan saudari akan dapat menamatkan pengajian dengan cemerlang dan bersedia untuk mengharungi cabaran global yang mendatang. Mahasiswa/i juga harus terus berusaha mengimbangi diri dalam menerobos era teknologi komunikasi dan maklumat (ICT). Gunakanlah peluang dan kemudahan yang tersedia untuk membentuk sebuah empayar kejayaan yang teguh dan lengkap.
Selamat memulakan pengajian.
Wassalam.
Email kpd TNC...
|